Recent Post

Wednesday 8 February 2012

Program "Sehari Bersama FORTEEN" Rapatkan Hubungan Dengan Peminat







































































Program Sehari Bersama FORTEEN yang dianjurkan dan merupakan idea cetusan Kak Ayu Hamiza ini bertujuan bagi merapatkan lagi FORTEEN dengan semua peminat serta penyokong kumpulan ini dalam industri. Sambutan menggalakkan diterima untuk program ini apabila lebih 50 orang peminat FORTEEN bukan sahaja daripada sekitar Selangor dan Lembah Klang, malah dari serata Malaysia turut sama menyertai program yang julung kali diadakan ini.


Walaupun tanpa kehadiran Izzue Islam yang khabarnya sibuk dengan sesi penggambaran filem "Ular", akan tetapi program pada petang itu telah digantikan dan diserikan dengan kehadiran pengacara program 24:7 iaitu Alif Hadi. Program mulanya diisi dengan slot menonton wayang bersama filem "Sumpahan Kum Kum". Selesai menonton wayang, slot kemudian diisi dengan pembahagian kumpulan yang masing - masingnya diketuai oleh One, Ariz, Ameer dan Alif. 

Game Explorace pun dimulakan, peserta mula mencari "landmark" yang diberikan di sekitar Space U8 Mall untuk diabadikan gambar bersama - sama dan terus ke 'checkpoint' terakhir. Kumpulan One mendahului apabila berjaya menyudahkan kesemua tugasan terlebih dahulu diikuti dengan kumpulan Ameer, Ariz dan akhir sekali Alif. Slot "Teka Lagu" diadakan sambil semua menikmati makan petang, sesi makan petang itu turut diserikan dengan sambutan ulangtahun Kak Ayu secara mengejut, sesi bergosip, bersantai dan akhirnya sesi fotografi beramai - ramai.

Ikuti video ucapan FORTEEN (Ameer, One dan Ariz) mengenai program gathering "Sehari Bersama FORTEEN" pada kali ini..


No comments:

Post a Comment