Recent Post

About FORTEEN


Mula dikenali pada tahun 2011,FORTEEN adalah sebuah kumpulan di bawah didikan KRU yang menggabungkan empat orang anak muda yang muncul berlandaskan bakat dan bukannya rupa semata-mata. Single 'hit' mereka iaitu lagu Berdua Bersatu telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tempatan dengan masing - masing punya keunikan vokal dan suara dalam mengalunkan lagu dengan harmoni. Nama Forteen mempunyai maknanya yang tersendiri. Ia dipilih oleh Edry yang bermaksud “Untuk Remaja”. Jadi mereka ingin menyajikan muzik yang terbaik kepada para remaja di Malaysia. Nama Forteen juga melambangkan kesemua 4 orang ahli kumpulan itu yang merupakan anak remaja.

Penyanyi Rizu,22, yang dikenali menerusi program realiti One In A Million musim ketiga (OIAM3) berkata, kemunculannya dengan nama baru One bersama kumpulan Forteen bukan disebabkan kegagalannya menyerlah sebagai penyanyi solo sebelum ini. Jelas pemilik nama sebenar Muhammad Ridzuan Sharifuddin itu, keputusan untuk menyertai kumpulan Forteen yang diilhamkan oleh KRU itu adalah untuk mengembangkan kerjaya nyanyiannya. Ia tiada kena-mengena dengan kegagalannya mencipta nama sebagai penyanyi solo.

"Karier nyanyian solo saya berjalan dengan baik. Mungkin tidak banyak publisiti tetapi saya masih menerima pelbagai undangan nyanyian di majlis korporat atau makan malam. Penampilan bersama kumpulan Forteen dan menggunakan nama One tiada kena-mengena dengan kegagalan saya menyerlah sebagai penyanyi solo. Saya menganggap Forteen sebagai kemunculan semula saya dalam industri muzik," katanya.

Bercerita tentang Forteen, One berkata, kumpulan berkenaan ditubuhkan untuk mengimbau semula kehangatan kumpulan vokal lelaki yang pernah mencetuskan fenomena di seluruh dunia pada era 1990-an. Pada penghujung 1990-an dan awal 2000, dunia muzik pernah digegarkan dengan fenomena kumpulan vokal lelaki seperti Backstreet Boys, Westlife dan Boyz II Men di barat atau Phyne Ballerz, V.E dan Ruffedge di Malaysia. Penubuhan kumpulan Forteen pada waktu ini dilihat bersesuaian dengan era muzik semasa kerana kami membawakan imej dan lagu-lagu cinta remaja,” katanya.

Kumpulan yang baru berusia empat bulan itu mempertaruhkan muzik pop balada dan kekuatan vokal. Selain One, Forteen turut dianggotai oleh Ameer, Ariz dan Izzue.

Cerita menarik di sebalik pertukaran nama Rizu kepada One, ianya berlaku kerana tidak mahu orang ramai terkeliru dengan nama Izzue walaupun One lebih sinonim dengan nama Rizu sejak sekian lama sebelum OIAM musim ke-3 lagi dan Ameer yang ingin menggunakan nama Arif juga terpaksa akur dengan penetapan nama kerana sebab dan masalah yang sama.



Sumber : mStar Online

26 comments:

  1. terima kasih atas info yg diberikan ya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..mcm mna nk jdi ahli forteenager fc

      Delete
  2. Nama pun boleh jadi isu yea...apa pun good luck to u all.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...nama sume lebih kurang... :p TQ nway atas sokongan terhadap FORTEEN.. :)

      Delete
  3. hai...saya nurul ainul mardhiah...blh sya tahu x mcm mna nk jadi ahli club forteeagers

    ReplyDelete
  4. Hi i love u all the way from singapore

    ReplyDelete
  5. nama pun dah dekat2,,memang awesome lah..good luck guys :)

    ReplyDelete
  6. good luck for the future!!all the best and don't split up evethough there's a big problem..sit down and discuss about it calmly.. :P btw, lgu korang sgt menarik dan best!!

    ReplyDelete
  7. hyee,macam mana yer sy nak join fanclub fourteenagers niyy?

    ReplyDelete
  8. always the best larh ..go,,go...go .. abg one n forteen terbaik!

    ReplyDelete
  9. terbaik la forteen ni,, memang for teen ,, "pulak la pula"
    cool giler... abg one terbaik ..

    ReplyDelete
  10. forteen best.abg izzue cute giler. melting tengok abg izzue.. camne ea nk jd fansclub forteenageers..? :)

    ReplyDelete
  11. forteen kalau lebih maju lagi ...boleh berduet dgn yuna....hehehehe anyway go forteen ...be yourself,never give up...selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  12. You guys are cool. I like your song 'Kita' :) From Brunei.

    ReplyDelete
  13. harap ape yg saye tulis ni terjawab
    saye minat minat gile forteen ni tau!!
    selagi forteen ade selagi tu lah saye minat forteen

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum :D nama saya iffah, saya fans korg dari England.. tpi org Malaysia lha...tinggal je kat england hhee... btw... kalau ada rezeki dtg lha Kat england k :D

    ReplyDelete
  15. saya dari indonesia, aku suka banget lagunya.. "tak seperti dulu", "kita", "berdua bersatu". kereeennnnnn....

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum abg² forteen semua..saya amir pelajar degree di international Islamic college..boleh x abg² forteen email saya harga quotation persembahan abg² sebab kami nk anjurkan charity dinner untk asssignment kami..harap abg² semua dapat email at amir_tasme@yahoo.com seccepat mungkin Dan harap harga yg diletakkan Tu bersesuaian dengan kondisi kami..
    #urgent

    ReplyDelete