Recent Post

Showing posts with label ABPBH 2011. Show all posts
Showing posts with label ABPBH 2011. Show all posts

Tuesday, 8 May 2012

FORTEEN Di Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011



BAGI meraikan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, 8 April lalu, sebuah majlis penyampaian khas diadakan di Holiday Villa Hotel and Suites Subang Jaya, semalam.

Selain pemenang kategori artis, majlis terbabit turut meraikan pembaca bertuah Peraduan Undi dan Menang. Pada majlis itu, penyampaian hadiah kepada pemenang kategori khas turut diadakan. Anugerah Khas ABPBH2011 diwujudkan bagi menghargai artis yang paling banyak memberikan komitmen kepada anugerah ini khususnya sepanjang siri jelajah. Artis yang menerima anugerah terbabit ialah Fizz Fairuz, Along Cham, Yana Samsudin, Awi Rafael, Shila Amzah, Shaheizy Sam dan kumpulan FORTEEN. Mereka menerima barang kemas Rafflesia bernilai RM10,000 dan barangan Avon.




Hadiah disampaikan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid; Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Datuk Dr Ang Bon Beng; Pengarang Bersekutu Edisi Minggu Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2011, Hanizam Abdullah; Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2011, Zainuri Misfar; dan Pengarang Hiburan Bintang Popular, Akmal Abdullah.

Sumber berita dan gambar : Berita Harian Online

Monday, 9 April 2012

Pentas ABPBH 25 - Platform Lonjak Nama FORTEEN Dalam Industri Seni Tempatan



Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus dan memberikan sumbangan baik dari segi tenaga, masa dan wang ringgit bagi meletakkan kumpulan FORTEEN sebagai finalis akhir kategori Artis Duo Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highland pada 8 April 2012 lalu. Walau tidak berjaya mengetepikan pesaing hebat mereka yang merangkul trofi kategori ini iaitu Tiga Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah & Ning Baizura) namun, kejayaan berada dalam kelompok lima yang teratas merupakan satu kejayaan dan penghormatan yang cukup besar buat kumpulan baru seperti mereka untuk bersaing dengan yang lebih senior dalam kategori ini seperti kumpulan Bunkface, Sixth Sense dan Meet Uncle Hussain.










Platform yang diberikan ABPBH edisi ke-25 ini diharap dapat melonjakkan nama FORTEEN dalam industri seni tempatan seterusnya memberikan mereka peluang tercalon sekali lagi dalam siri ABPBH akan datang dan seterusnya merangkul trofi tersebut. Insyaallah. Sokongan padu yang diterima FORTEEN ketika pentas ABPBH berlangsung dapat dilihat dengan sorakan penyokong yang terdiri daripada “Forteenagers Fan Club” (FFC) yang hadir pada malam itu dengan membawa lebih 10 sepanduk yang dibuat khas bagi menyatakan sokongan mereka yang tidak pernah jemu terhadap artis kesayangan mereka ini. Sokongan itu jelas kelihatan dengan beberapa kepingan papan putih yang tertera “Say Yes FORTEEN” memeriahkan ruangan penonton di pentas dewan yang berprestij itu.





































Kumpulan FORTEEN yang mengenakan persalinan sut rekaan Hatta Dolmat pada malam gemilang jubli perak ABPBH 25 itu juga tidak melepaskan peluang bersama - sama dengan peminat mereka dan meluangkan masa bersama - sama bermain di permainan taman tema luar di Genting Highland serta mengambil kesempatan untuk berehat dan bercuti dari urusan kerja harian mereka.

Sumber gambar : Facebook RizuOne Sharifuddin dan Forteenagers Fan Club (FFC)

Thursday, 5 April 2012

Rekaan Hatta Dolmat Buat FORTEEN Di ABPBH 2011


KUALA LUMPUR, 4 APRIL 2012: Sentuhan pereka fesyen ini sering menjadi bualan tatkala para selebriti menyarungkan busana mewah rekaan Hatta Dolmat melewati karpet merah setiap kali acara anugerah berlangsung.

Untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) yang bakal berlangsung hujung minggu, Hatta Dolmat kini sibuk menyiapkan dua busana mewah yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk menjadi persalinan primadona filem tempatan Erra Fazira dan penyanyi popular, Alyah.

Hatta juga turut mereka suit buat kumpulan FORTEEN bagi malam penuh gilang gemilang itu. Setelah beberapa rekaan daripada Hatta Dolmat diangkat sebagai pakaian terbaik pada malam ABPBH yang lalu, bagaimana pula tahun ini? Kita tunggu dan lihat..

Pasti kumpulan FORTEEN akan lebih bergaya dengan sut rekaan Hatta Dolmat..sama - sama kita nantikan..

Sumber : Portal Hiburan Murai

Bahang ABPBH 2011 - Mampukah FORTEEN Julang Trofi Artis Duo/Berkumpulan Popular?


Debaran semakin hampir, kehangatan kian terasa. Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) akan menentukan kedudukan FORTEEN bagi kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular. Adakah mereka berjaya merangkul trofi tersebut?? Saksikan secara langsung dari Arena of Stars Genting Highland, pada 8 April 2012 (Ahad) ini jam 9 malam di TV3 dan menerusi radio rasmi HOT FM!!

Tuesday, 27 March 2012

Jelajah ABPBH 2011 Johor Paling Hangat!!


KOMPLEKS Pasir Gudang, Johor Bahru, yang menjadi lokasi terakhir siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 muncul destinasi paling hangat dengan kehadiran jumlah penonton yang luar biasa.

Lokasi wajib dalam siri jelajah ABPBH itu memperlihatkan sokongan utuh peminat industri hiburan di selatan tanah air, yang sentiasa menanti peluang berharga untuk bertemu artis diminati mereka. Hampir 10,000 peminat memanfaatkan peluang yang dibawakan Berita Harian itu untuk bersua wajah dengan finalis pilihan di samping menyatakan sokongan tidak berbelah bagi atas usaha akhbar ini.

Sedikit berbeza daripada destinasi sebelum ini, kompleks berkenaan berubah wajah seolah-olah menjadi `medan pertempuran' peminat untuk membuktikan kesetiaan mereka apabila masing-masing hadir memakai baju T finalis pilihan mereka. Sebahagiannya pula siap berbekal sepanduk artis. Lebih bermakna apabila sokongan itu turut diterjemahkan menerusi borang undian apabila mereka berlumbalumba menyerahkan borang undian terakhir kepada penganjur, meskipun tarikh acara kemuncak semakin mendekati.


Kelab peminat yang dilihat bersungguh-sungguh menghantar borang pada siri jelajah terakhir ini ialah Hot Lovers selaku penyokong Adi Putra, Yana SuperFriends (Yana Samsudin), Shilalas (Shila Amzah) selain peminat tegar Shaheizy Sam. Malah aura Bintang Paling Popular ABPBH2010, Sam, ternyata masih kuat apabila peminat sanggup mengejarnya hingga ke tandas, menyebabkan dia terperangkap hampir setengah jam sematamata kerana ingin bergambar dengannya.

Kemunculan finalis iaitu Aaron Aziz, Adi Putra, Najwa Latif, Neelofa, Didie Alias, Mawi, Alyah, Forteen, Stacy, Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Along Cham, Aeril Zafrel, Nabil dan Johan As'ari mendapat sorakan gemuruh peminat, sejak mereka melintasi permaidani merah sehinggalah acara berakhir, kirakira jam 7 malam.

Terdahulu, buat julung kali, jentera promosi anugerah yang memasuki usia jubli perak melancarkan skuad ABPBH XTrail tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd. Kelmarin, skuad ini berlegar di sekitar Johor Bahru untuk bertemu peminat sambil mengagihkan hadiah istimewa. Skuad yang turut mendapat kerjasama Hot FM Zoomers berkunjung ke Restoran Singgah Selalu dan Plaza Angsana, dengan disertai Fizz serta Johan As'ari.

Komitmen dua finalis ini sewajarnya diberikan pujian. Fizz tetap menggagahkan diri menjayakan aktiviti terbabit walaupun demam, manakala Johan pula terus menyertai mereka biarpun baru saja tiba dari Kuala Lumpur.









 






Kehangatan malam kemuncak ABPBH 2011 terus membara pada saat akhir kiraan undian hingga berlangsungnya majlis pengiktirafan yang dinanti nantikan di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 8 April ini.

Sumber gambar dan berita : Web Rasmi ABPBH 2011 & Nurul Syafiqah