Recent Post

Tuesday 27 March 2012

Jelajah ABPBH 2011 Johor Paling Hangat!!


KOMPLEKS Pasir Gudang, Johor Bahru, yang menjadi lokasi terakhir siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 muncul destinasi paling hangat dengan kehadiran jumlah penonton yang luar biasa.

Lokasi wajib dalam siri jelajah ABPBH itu memperlihatkan sokongan utuh peminat industri hiburan di selatan tanah air, yang sentiasa menanti peluang berharga untuk bertemu artis diminati mereka. Hampir 10,000 peminat memanfaatkan peluang yang dibawakan Berita Harian itu untuk bersua wajah dengan finalis pilihan di samping menyatakan sokongan tidak berbelah bagi atas usaha akhbar ini.

Sedikit berbeza daripada destinasi sebelum ini, kompleks berkenaan berubah wajah seolah-olah menjadi `medan pertempuran' peminat untuk membuktikan kesetiaan mereka apabila masing-masing hadir memakai baju T finalis pilihan mereka. Sebahagiannya pula siap berbekal sepanduk artis. Lebih bermakna apabila sokongan itu turut diterjemahkan menerusi borang undian apabila mereka berlumbalumba menyerahkan borang undian terakhir kepada penganjur, meskipun tarikh acara kemuncak semakin mendekati.


Kelab peminat yang dilihat bersungguh-sungguh menghantar borang pada siri jelajah terakhir ini ialah Hot Lovers selaku penyokong Adi Putra, Yana SuperFriends (Yana Samsudin), Shilalas (Shila Amzah) selain peminat tegar Shaheizy Sam. Malah aura Bintang Paling Popular ABPBH2010, Sam, ternyata masih kuat apabila peminat sanggup mengejarnya hingga ke tandas, menyebabkan dia terperangkap hampir setengah jam sematamata kerana ingin bergambar dengannya.

Kemunculan finalis iaitu Aaron Aziz, Adi Putra, Najwa Latif, Neelofa, Didie Alias, Mawi, Alyah, Forteen, Stacy, Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Along Cham, Aeril Zafrel, Nabil dan Johan As'ari mendapat sorakan gemuruh peminat, sejak mereka melintasi permaidani merah sehinggalah acara berakhir, kirakira jam 7 malam.

Terdahulu, buat julung kali, jentera promosi anugerah yang memasuki usia jubli perak melancarkan skuad ABPBH XTrail tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd. Kelmarin, skuad ini berlegar di sekitar Johor Bahru untuk bertemu peminat sambil mengagihkan hadiah istimewa. Skuad yang turut mendapat kerjasama Hot FM Zoomers berkunjung ke Restoran Singgah Selalu dan Plaza Angsana, dengan disertai Fizz serta Johan As'ari.

Komitmen dua finalis ini sewajarnya diberikan pujian. Fizz tetap menggagahkan diri menjayakan aktiviti terbabit walaupun demam, manakala Johan pula terus menyertai mereka biarpun baru saja tiba dari Kuala Lumpur.









 






Kehangatan malam kemuncak ABPBH 2011 terus membara pada saat akhir kiraan undian hingga berlangsungnya majlis pengiktirafan yang dinanti nantikan di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 8 April ini.

Sumber gambar dan berita : Web Rasmi ABPBH 2011 & Nurul Syafiqah

No comments:

Post a Comment