Recent Post

Monday 26 March 2012

FORTEEN Tenang Nikmati Panorama Hijau



SUASANA tenang menghijau dikelilingi tasik mampu untuk mengembalikan kesegaran minda selepas penat mengharungi kelangsungan hidup seharian di kota metropolitan.

Bergelar selebriti, tentunya dengan jadual harian yang padat dihambat kesibukan kota, sesekali menjamu mata dengan kehijauan alam dan ketenangan tasik mampu membuatkan semua masalah buat hilang seketika.

Pertemuan Nabil Raja Lawak, Aeril Zafrel dan kumpulan Forteen untuk sesi fotografi di Holiday Villa Subang Hotel & Suite menjadi titik untuk berkenalan apatah lagi masing-masing tidak pernah bertemu kerana berlainan dalam bidang seni.

Holiday Villa Subang Hotel & Suites menjadi penaja lokasi rasmi tiga sidang media ABPBH 2011 terletak di kawasan seluas 6.8 ekar di lokasi Subang Jaya sesuai dijadikan lokasi pertemuan ahli perniagaan, selain keluarga menghabiskan masa bersama.

Di kelilingi tumbuhan menghijau, Holiday Villa Subang Hotel & Suites turut menyediakan tempat rehat untuk menenangkan fikiran pengunjung selepas penat seharian bekerja.



Keindahan tasik berhampiran juga memberi pemandangan yang indah di samping fungsi sebagai ejen menyederhanakan suhu secara semula jadi. Berbeza dengan kumpulan Forteen yang dianggotai oleh Ameer, One, Ariz dan Izzue namun sesi fotografi ini tidak disertai oleh Izzue kerana terbabit dengan penggambaran filem. 

"Tempat ini sangat istimewa kerana dengan kehijauan kawasan selain dikelilingi oleh tasik walaupun sekelilingnya adalah bangunan-bangunan besar membuatkan kami rasa tempat ini sangat sesuai untuk merehatkan minda," kata Ariz.

"Sebelum ini ketika Ramadan, saya dan keluarga sering juga berkunjung ke sini untuk berbuka puasa dan makanan yang disediakan kena dengan selera kami. Lagipun rumah saya berdekatan dengan Holiday Villa Subang Hotel & Suites ini," sampuk One.

No comments:

Post a Comment