Recent Post

Monday 9 April 2012

Pentas ABPBH 25 - Platform Lonjak Nama FORTEEN Dalam Industri Seni Tempatan



Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus dan memberikan sumbangan baik dari segi tenaga, masa dan wang ringgit bagi meletakkan kumpulan FORTEEN sebagai finalis akhir kategori Artis Duo Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highland pada 8 April 2012 lalu. Walau tidak berjaya mengetepikan pesaing hebat mereka yang merangkul trofi kategori ini iaitu Tiga Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah & Ning Baizura) namun, kejayaan berada dalam kelompok lima yang teratas merupakan satu kejayaan dan penghormatan yang cukup besar buat kumpulan baru seperti mereka untuk bersaing dengan yang lebih senior dalam kategori ini seperti kumpulan Bunkface, Sixth Sense dan Meet Uncle Hussain.










Platform yang diberikan ABPBH edisi ke-25 ini diharap dapat melonjakkan nama FORTEEN dalam industri seni tempatan seterusnya memberikan mereka peluang tercalon sekali lagi dalam siri ABPBH akan datang dan seterusnya merangkul trofi tersebut. Insyaallah. Sokongan padu yang diterima FORTEEN ketika pentas ABPBH berlangsung dapat dilihat dengan sorakan penyokong yang terdiri daripada “Forteenagers Fan Club” (FFC) yang hadir pada malam itu dengan membawa lebih 10 sepanduk yang dibuat khas bagi menyatakan sokongan mereka yang tidak pernah jemu terhadap artis kesayangan mereka ini. Sokongan itu jelas kelihatan dengan beberapa kepingan papan putih yang tertera “Say Yes FORTEEN” memeriahkan ruangan penonton di pentas dewan yang berprestij itu.





































Kumpulan FORTEEN yang mengenakan persalinan sut rekaan Hatta Dolmat pada malam gemilang jubli perak ABPBH 25 itu juga tidak melepaskan peluang bersama - sama dengan peminat mereka dan meluangkan masa bersama - sama bermain di permainan taman tema luar di Genting Highland serta mengambil kesempatan untuk berehat dan bercuti dari urusan kerja harian mereka.

Sumber gambar : Facebook RizuOne Sharifuddin dan Forteenagers Fan Club (FFC)

1 comment:

  1. Salam....utk grup forteen...saye wish good luck kt semua...semua ade bakat masing2...saye suke lagu-lagu dr korang n always wait for another new songs...harap korang sumer dpat tingkatkan prestasi dlam industri hiburan ni...n sbagai fan korang..saye tk nk ler tgk grup nie berpecah..kte tk tahu per yg bkal jd an..so be prepared...saye yakin grup nie akn meletop nanty..just wait n see..

    ReplyDelete