Recent Post

Wednesday 8 February 2012

Movie Day Out With FORTEEN Bersama Peminat Bertuah







































Program "Movie Day Out" Bersama FORTEEN telah diadakan dengan kerjasama daripada Forteenagers Fan Club untuk lebih kurang seramai 20 orang peminat FORTEEN yang bertuah untuk menontong wayang bersama - sama mereka di TGV Space U8 Mall, Bukit Jelutong pada 23 Januari 2012 yang lalu. Filem "Keramat" telah dipilih memandangkan Fhairulnizam Fhai telah berusaha mendapatkan 20 keping tiket percuma menonton filem tersebut. 

Selesai menonton filem tersebut, sesi bergambar di sekitar Space U8 Mall telah diadakan dan kesempatan itu juga turut digunakan oleh admin untuk mengadakan sesi rakaman video promo kempen mengundi FORTEEN di ABPBH 2011 memandangkan bilangan ahli FORTEEN yang hadir juga mencukupi dan lengkap (One, Ariz, Izzue dan Ameer). Video tersebut boleh ditonton di SINI

Selesai rakaman video, kesemua peserta program bergerak ke sebuah kafe yang terletak di berhampiran Stadium Shah Alam iaitu Kafe MonRods untuk sesi makan malam bersama. Kesemua peserta kemudiannya tidak melepaskan peluang sekali lagi beramah mesra dengan FORTEEN lebih rapat, mengabadikan kenangan foto bersama dan bersurai pada pukul 8 malam.

No comments:

Post a Comment