Recent Post

Monday 20 February 2012

"Dinner With FORTEEN" Meriah - Rapatkan Jurang Dengan Peminat



Pada 18 Februari 2012 yang lalu bertempat di Restoran MonRods Seksyen 13 Shah Alam, telah diadakan satu majlis makan malam eksklusif bersama peminat dan juga kumpulan FORTEEN. Majlis yang dianjurkan oleh Fiz Studio Art Talent Entertainment ini berjaya menghimpunkan seramai lebih kurang 50 orang peminat FORTEEN dari seluruh negara. Bayaran sebanyak RM30 telah dikenakan bagi setiap peminat yang ingin menyertai makan malam yang buat julung - julung kali diadakan ini.

Seawal jam 8 malam lagi pihak penganjur sudahpun menerima kehadiran tetamu yang pastinya tidak sabar untuk menikmati makan malam dan sesi beramah mesra bersama kumpulan kesayangan mereka. Lebih kurang jam 9 malam, kumpulan FORTEEN tiba di lokasi bersama pengurus mereka Izman Zainal tanpa kehadiran Izzue Islam yang sedikit lewat akibat beberapa hal yang tidak dapat dielakkan.


























































Gambar sekitar majlis. Untuk lebih banyak gambar, klik di :

Sementara menunggu ketibaan Izzue, ahli FORTEEN yang lain iaitu One, Ariz dan juga Ameer sempat beramah mesra bersama dengan peminat mereka terlebih dahulu dengan berkunjung dari meja ke meja. Setelah Izzue tiba, majlis pun dimulakan dengan sedikit ucapan alu - aluan daripada pengacara majlis dan majlis kemudiannya diserahkan sepenuhnya kepada FORTEEN. Selesai memberikan sepatah dua kata, kumpulan FORTEEN memulakan persembahan mereka dengan koleksi lagu seperti This Love, Sedetik Lebih, Belaian Jiwa, Berdua Bersatu, Isabella dan lain - lain lagi sambil yang lainnya menikmati makan malam dan menyanyi bersama - sama.


 


Kumpulan akustik baru di bawah kendalian Fiz Studio Art Talent Entertainment iaitu "Hello Screen" turut diberi peluang membuat persembahan di hadapan peminat - peminat FORTEEN pada malam itu dengan menyampaikan lagu mereka sendiri. Ini merupakan satu pendekatan awal yang baik bagi kumpulan ini untuk memperkenalkan muzik mereka kepada umum pada malam tersebut. Sementara Hello Screen membuat persembahan, ahli - ahli kumpulan FORTEEN sempat berkunjung dari meja ke meja untuk mengenali peminat - peminat mereka dengan lebih rapat lagi.



Selesai sesi makan malam, persembahan dan sesi beramah mesra, pihak penganjur memberikan ruang dan masa kepada admin blog "FORTEEN Official Site" iaitu Azam Reddy untuk memberikan serba sedikit pengenalan blog rasmi FORTEEN ini dan seterusnya kumpulan FORTEEN sendiri diberi mandat untuk melancarkan dan membuka blog ini kepada umum pada malam itu. Mereka sempat memberikan sedikit ucapan dan menyusuri blog ini menggunakan komputer riba yang telah disediakan. Diharapkan blog ini dapat menjadi satu hentian setempat secara maya untuk peminat - peminat FORTEEN mendapat maklumat terkini mengenai mereka di samping mendekatkan lagi diri mereka dengan para peminat semua. 

Selesai pelancaran blog FORTEEN, sesi fotografi dan sesi menandatangani poster yang telah disediakan untuk pengunjung bertuah oleh pihak penganjur turut diadakan bagi mengakhiri majlis pada malam itu yang berakhir sepenuhnya kira - kira jam 12 tengah malam. 

Laporan dan gambar oleh : Azam Reddy

2 comments:

  1. nak buat event mcm ni lagi...
    xpuas lg

    ReplyDelete
  2. Insyaallah..akan ada lg event seumpama ini dgn peminat...terus sokong FORTEEN tanpa henti ya..vote juga di ABPBH..TQ.. :)

    ReplyDelete