Recent Post

Sunday 19 February 2012

Pelancaran Blog FORTEEN Secara Rasminya Oleh FORTEEN



Setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dari pihak Official Site FORTEEN kepada pihak Fiz Studio Art Talent & Entertainment kerana memberikan sedikit waktu semasa majlis "Dinner With FORTEEN" berlangsung untuk mengadakan majlis pelancaran blog ini secara ringkas oleh Azam selaku admin utama yang bertugas mereka bentuk blog dan menyusun maklumat dan dibantu Hyun Meera dalam memberikan serba sedikit maklumat mengenai FORTEEN untuk dimuatkan ke dalam blog. Blog ini telah secara rasminya dibuka kepada umum semalam (18/02/2012) di MonRods Restaurant Seksyen 13 Shah Alam bersempena satu majlis makan malam peminat bersama FORTEEN. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada FORTEEN yang sudi merasmikan blog ini dengan memberikan ucapan dan melihat serta menyusuri serba sedikit blog yang sempat ditunjukkan melalui komputer riba yang disediakan. Diharap dengan kewujudan blog ini, semua penyokong dan peminat FORTEEN dapat disatukan dan ianya menjadi satu hentian setempat untuk mereka berkongsi maklumat dan merapatkan lagi hubungan antara FORTEEN dan juga para penyokong mereka.  Nantikan entri dan laporan penuh "Dinner With FORTEEN" pada 'post' yang akan datang!!

 



Untuk lebih banyak gambar semasa majlis, sila layari Fiz Studio Art Talent & Entertainment.

No comments:

Post a Comment