Recent Post

Thursday 23 February 2012

"Jom Chat Bersama FORTEEN" di Utusan Online Buat Peminat Teruja


Pada 22 Februari 2012 yang lalu bersamaan hari Rabu, pihak Utusan Malaysia Online telah menjemput kumpulan FORTEEN untuk sesi 'chatting' bersama peminat secara langsung. Kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu One, Ariz, Ameer dan Izzue itu tiba di lokasi pada jam 9 malam dan memulakan sesi bersama peminat sehingga jam 10.30 malam. Masa selama 1 jam 30 minit digunakan sebaiknya oleh peminat mereka dan FORTEEN sendiri untuk beramah mesra dan mengenali mereka dengan lebih rapat secara online. Pelbagai aksi mereka di lensa kamera sempat dirakamkan oleh ForteenagersHyun Meera


















Sepanjang sesi chat itu berlangsung juga, pihak Utusan Online turut mengadakan sesi survey atau 'poll' dan soalan yang ditanyakan adalah "Antara keempat - empat jejaka kacak ahli kumpulan FORTEEN, siapa yang anda paling minati?" dan keputusan akhir pada malam tersebut diungguli oleh Ariz (29%) diikuti rapat teman - teman beliau yang lain iaitu One (27%), manakala Izzue (22%) dan Ameer (22%) berkongsi peratusan yang sama. Apapun mereka tetap terbaik dalam melayan pertanyaan peminat - peminat mereka secara'online' walau diasak dengan soalan bertubi - tubi, FORTEEN memang terbaik!!



Sumber : Hyun Meera

4 comments:

  1. haha..thankz atas info yg diberikan meera.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. like this video..terbaikkkkk la FORTEEN..(bila la nk mai kuala terengganu)

      Delete
    2. thanks afief nordin atas komen anda...Terengganu?insyaallah...apapun teruskan mengundi FORTEEN di ABPBH k... :)

      Delete