Recent Post

Tuesday, 13 March 2012

Semangat "Pahlawan Melaka" Jelajah ABPBH 2011



Sketsa Melaka Gangster arahan Syamsul Yusof antara segmen yang paling mencuit hati lebih 5,000 peminat yang membanjiri Dataran Pahlawan Melaka Megamall sempena siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Hariah (ABPBH) 2011 di sini, semalam.

Jika sebelum ini sketsa Ombak Rindu cukup popular di kalangan peminat di dua siri jelajah terdahulu iaitu Shah Alam dan Kuantan, nampaknya kali ini keseronokan mereka berganda dengan lakonan spontan Syamsul sendiri di samping peminat dan dua pengacara, Along Cham dan Didie Alias. Lebih istimewa apabila sketsa berkenaan menampilkan gangster perempuan yang nyata meriuhkan lagi suasana di pusat belibelah berkenaan.

Sikap sporting peminat membuatkan acara lebih meriah, apatah lagi dengan kemunculan barisan finalis ABPBH kali ini yang ratarata teruja dengan sambutan hebat diberikan peminat di bumi Hang Tuah. Selain Syamsul turut menjayakan siri jelajah di Melaka ialah Shaheizy Sam, Adi Putra, Faizal Tahir, Maya Karin, Yana, Zizan, Diana Danielle, Krill, Kenchana Dewi dan Aznil Nawawi.

Manakala penyanyi seperti Alyah, Awi Rafael, Jaclyn Victor, Kumpulan FORTEEN dan Bunkface pula menghiburkan peminat dengan dendangan popular masing-masing. Di samping Sam, seorang lagi calon Anugerah Seri Perak, Ziana Zain, turut membuat kemunculan istimewa







Acara yang bermula jam 2.30 petang itu bukan sekadar menyaksikan kemunculan barisan artis terkenal, malah ia turut dimeriahkan dengan acara pameran dan permainan yang menawarkan hadiah berupa barangan eksklusif ABPBH. 

Pengunjung juga berpeluang merakam gambar kenangan berlatarkan back-drop ABPBH2011, mendapatkan cenderamata eksklusif, serta melawat gerai penaja yang disediakan di lokasi acara. Sebelum menghiburkan peminat di pusat beli-belah terkemuka itu, finalis terlebih dulu dibawa menaiki River Cruise menyusuri Sungai Melaka dan berarak menaiki 25 beca di Jonker Street. 

Sebelum itu, pada sebelah pagi, peminat dihiburkan dengan pertandingan akhir Bintang Idola Berita Harian (BIBH) peringkat mall. Selepas ini, siri jelajah ABPBH2011 akan singgah ke utara, iaitu Village Mall, Sungai Petani, Kedah, pada 16 dan 17 Mac, sebelum lokasi terakhir di Kompleks Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor, pada 23 hingga 25 Mac. 




Sumber berita : Web Rasmi ABPBH 2011

Sumber gambar & video : Hyun Meera

No comments:

Post a Comment