Recent Post

Sunday 22 April 2012

Photoshoot FORTEEN Bersama Fans Bertuah Untuk Majalah REMAJA


Admin FFC mendapat panggilan daripada wartawan majalah Remaja iaitu Mia. Saya membawa 3 orang kawan iaitu Mademili Cat, Nua Lee dan Putera Syahid Syah Syed Said untuk memeriahkan photoshoot majalah remaja. Tempat yang dipilih ialah Perpustakaan Tun Raja Uda, Seksyen 13, Shah Alam Sesi kali ini akan dimuatkan dalam ruangan santai bersama selebriti (ye la kot) dalam majalah Remaja. Tepat pukul 10.30 bermulalah sesi aktiviti kami. Bermula di bangunan ruangan kanak-kanak. Disitu ramai ibu bapa menempatkan anak-anak meraka berada dalam lingkungan 3-5 tahun. Di situ kesemua ahli Forteen beramah mesra dengan kanak-kanak. Mereka sangat aktif dan bersemangat melayan abang-abang forteen. Selesai ruangan kanak-kanak, wartawan Mia membawa kami pula ke perpustakaan bahagian bawah . Pelbagai aksi mereka lakukan. Saya dan rakan rakan hanya mampu ketawa melihat telatah mereka yang aktif. 













































































































Kemudian kami di bawa ke dewan panggung 6D games. Bilik ini hanya memuatkan 8 orang sahaja. Kami diberi peluang menonton games 6D permainan seolah 'roller coster'. Kerusi tersebut bergerak mengikut rentak games tersebut. Fuh memang terbaik la sampai menjerit jerit semua. Selepas itu, kami dibawa pula cinema 3D menonton filem animasi. Sesiapa yang ingin masuk perlu membayar RM 7 sahaja. Perabot dalam bilik panggung itu bagaikan berada dirumah. Terasa nak duduk lebih lama dalam bilik tu disebabkan dekorasinya yang sangat cantik. Usai disitu, kami ke tingkat atas untuk sesi shoot di rak buku. Pelbagai aksi dan ragam di ambil bagi menjayakan photoshoot ini. Aktivti terakhir sekali lagi iaitu sesi temuramah antara peminat dan Forteen. Terdapat 10 soalan kami sediakan untuk mereka menjawab. Macam- macam reaksi mereka mendengar dan menjawab soalan kami. Nak tahu soalan apa peminat tanya? Tunggu!!!. Nantikan keluaran majalah REMAJA edisi 15 Mei 2012. Beli tau kalau nak tengok gelagat mereka berada di perpustakaan. Apa-apa pun Perpustakaan Tun Raja Uda, seksyen 13, Shah Alam memang terbaik, bukan sekadar meminjam, membaca buku sahaja malah terdapat kemudahan yang canggih disediakan. OK MEMBACA JAMBATAN ILMU eh.. hahaha sekian.. 

Sumber : Hyun Meera

No comments:

Post a Comment