Recent Post

Tuesday 28 February 2012

FORTEEN Meriahkan "Road Tour ABPBH 2011" Di SACC Mall Shah Alam



DEBARAN Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 semakin terasa dengan bermulanya siri jelajah pertama di kompleks beli-belah SACC Mall, Shah Alam, semalam. Satu-satunya lokasi di Lembah Klang yang terpilih untuk siri jelajah itu pada kali ini nyata meriah dengan kehadiran lebih 5,000 peminat, yang tidak ingin ketinggalan menyaksikan dari dekat wajah popular kegemaran masingmasing.

Malah, bukan sekadar penduduk di sekitar bandar raya Shah Alam, peminat dari luar Lembah Klang juga turut sama menggamatkan acara, yang dianjurkan sempena ulang tahun ke-25 ABPBH. Lebih meriah, buat julung kali, acara berjalan di permaidani merah turut diadakan pada kali ini, yang sememangnya mencuri perhatian pengunjung. Sebaik saja barisan selebriti ABPBH2011 melintas masuk ke lokasi acara, lensa kamera peminat tidak henti-henti berkelip. Maklum saja, di mana lagi mereka mampu berbuat demikian selain pada siri jelajah ABPBH.

Biarpun acara persembahan hanya bermula kira-kira jam 2.30 petang, namun, seawal pagi sebahagian peminat sudah pun berada di pusat beli-belah terbabit. Sebelum itu, mereka dihiburkan dengan pertandingan akhir Bintang Idola Berita Harian (BIBH) peringkat pusat beli-belah, yang menyaksikan saingan sengit 10 finalis bertanding. Suasana bertambah ceria sebaik saja pengacara petang itu, Along Cham, Didie Alias, Fara Fauzana dan Suraya Hot FM menaiki pentas mengalu-alukan kehadiran pengunjung.



















Keempat-empat personaliti ini nyata berjaya menghidupkan suasana dengan celoteh dan gelagat mereka yang menghiburkan hati. etika itu, ruang legar pusat beli-belah semakin meriah dengan kehadiran ribuan peminat yang memenuhi setiap ruang yang ada, demi berhibur bersama finalis serta menatap dengan lebih dekat artis pujaan yang hanya mampu dilihat di kaca TV, filem, majalah mahupun akhbar, sebelum ini. Sebagai simbolik kepada pelancaran siri jelajah pula, penganjur mengadakan acara memotong kek ulang tahun ABPBH yang disempurnakan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali; Pengarang Eksekutif Rencana Berita Harian, Zainor Said; dan Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan, Hanizam Abdullah. 

Bagaimanapun, saat yang ditunggu tunggu peminat tentulah kemunculan dan persembahan hebat calon akhir ABPBH edisi jubli perak ini. Antara nama popular yang menghiburkan peminat dengan vokal mantap mereka petang itu ialah Awi Rafael, kumpulan Forteen, VIP, Aizat, Shila Amzah, Jaclyn Victor, Sixth Sense dan Aznil Nawawi. Bukan itu saja, sepanjang hari, peminat berpeluang merakam gambar kenangan dengan latar belakang ABPBH2011 yang kemudian dicetak terus, menyaksikan pameran sempena 25 tahun penganjuran ABPBH, selain mendapatkan cenderahati istimewa acara terbabit. Antara barangan yang dijual termasuk pemacu USB, rantai kunci, topi, alat dengar dan baju T.


 


Sumber berita : Web Rasmi ABPBH 2011

No comments:

Post a Comment