Recent Post

Wednesday 15 February 2012

FORTEEN Di Majlis Pelancaran Wajah Baru Pancaindera



Satu majlis pelancaran wajah baru bagi sisipan hiburan akhbar Mingguan Malaysia iaitu Pancaindera telah berlangsung di AEON U2 Setiawangsa pada 12 Februari 2012 (Ahad) bermula seawal jam 12 tengahari lagi. Majlis pelancaran itu diserikan dengan kehadiran artis ternama tanah air seperti Alyah, Shila Amzah, Awi Rafael, KRU, Sharnaaz Ahmad, Anzalna Nasir dan tak lain tak bukan kumpulan FORTEEN.




Malangnya kumpulan FORTEEN tiba agak lewat berikutan masalah kelewatan penerbangan pulang mereka daripada Tawau ke Kuala Lumpur. Kehadiran FORTEEN pada petang itu tanpa kelibat Izzue Islam kerana dikhabarkan terlibat dengan "shooting" di Mersing. Mereka juga tidak berkesempatan untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai pada majlis tersebut walau bagaimanapun mereka masih setia melayan pengunjung dan peminat yang datang di majlis tersebut tanpa jemu walaupun kepenatan akibat perjalanan tanpa henti dari Sabah terus ke AU2 Setiawangsa. Tahniah atas usaha gigih dan sikap profesionalisme mereka. Semoga rezeki FORTEEN dalam industri seni sentiasa mencurah - curah. Apapun teruskan undian anda terhadap FORTEEN dalam ABPBH 2011.


No comments:

Post a Comment