Bertempat di Laman Budaya Tasik Shah Alam, The Adgency Club (Masscomm Advertising) UiTM Shah Alam telah menganjurkan satu jualan amal bagi membantu Badan Kebajikan Siti Khadijah (BKSK). Kemuncak jualan amal itu pada 13 Mei 2012 itu mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran artis - artis bagi memeriahkan dan menghiburkan tetamu yang hadir pada pagi itu termasuk peminat cilik mere. Antara artis yang sempat membuat persembahan iaitu kumpulan FORTEEN, Asmidar (VOKAL Bukan Sekadar Rupa) dan Syahz. Kumpulan FORTEEN tidak melepaskan peluang mempamerkan bakat mereka dalam menyampaikan pelbagai lagu antaranya This Love, Sedetik Lebih, Hijau dan lagu single hits mereka Berdua Bersatu. Berikut merupakan koleksi gambar sepanjang majlis berlangsung :
Sumber gambar : Facebook AdCharity Carnival & Hyun Meera
Forteen TERBAIIKKKKKKKKKKKKK...
ReplyDelete(=
Insyaallah selamanya terbaik..teruskan sokong FORTEEN k..TQ.. :)
Delete